Thursday, June 5, 2008

Awang Damit Yang Teraniaya

Megat Terawis dan Komeng merupakan penjahat yang terunggul di daerah Lanang Patah. Setiap hari ada saja karenah mereka yang menganggu ketenteraman awam di daerah tersebut sehingga Sultan naik murka dengan kedurjanaan mereka. Maka baginda bertitah kepada panglima Awang Damit dan beberapa hulubalang raja untuk menjalan intipan ke daerah itu untuk mencari bukti segala salahlaku Megat Terawis dan Komeng.

Awang Damit meyamar sebagai saudagar dan memulakan operasinya. Hendak menjadi cerita dia berjaya menyaksikan penculikan seorang perawan desa oleh dua penjahat tersebut dan nekad mengekori mereka untuk bukti yang lebih nyata. Malang tak berbau orang-orang kampung yang juga sedang kemarahan mencari siapa yang telah melarikan perawan dari kampung mereka ternampak Awang Damit sedang mengekori penjahat maka berjaya menangkapnya bersama sekali dengan Megat Terawis dan Komeng.

Orang kampung terus membawa ketiga mereka ke istana sultan. Lebih malang lagi Megat Terawis telah mengaku bahawa Awang Damit merupakan rakan kongsi mereka dalam menjalankan perbuatan terkutuk itu. Sultan serba salah tetapi tidak dapat membuat apa apa dihadapan orang orang kampung yang sedang dahagakan keadilan. “Beta hukumkan ketiga penjenayah ini dengan 50 sebatan yang akan dijalankan esok pagi” Orang kampung merasa puas hati dan menunggu keesokannya.

Esoknya sultan bertitah suruh menjalankan hukuman. Sebelum itu sultan bertitah. “Hari ini adalah hari jadi permaisuri beta. Oleh kerana itu beta ingin memperkenankan satu permintaan daripada Megat Terawis sebelum ia disebat 50 kali “ Megat Terawis meminta sebiji bantal didikat dibelakangnya . Namun sebiji bantal tak bertahan lama. Selepas sepuluh sebatan berkecai bantal dan Megat mengerang kesakitan.

‘Awak Komeng beta beri juga satu permintaan ‘ Komeng berfikir dan mencongak lalu memohon untuk 3 biji bantal diikat dibelakangnya. Bantal bantal itu pun berkecai dibalun penyebat selepas 20 sebatan dan Komeng juga mengerang kesakitan. Sultan merasa kesian kepada Awang Damit kerana terpaksa dibabitkan dalam hal ini. ‘Beta lihat kamu Awang seperti di tuduh tetapi tiada bukti untuk menunjuk bahawa kamu tidak bersalah . Maka beta beri kamu dua permintaan sebelum kamu disebatkan

‘ ‘Tuanku permintaan pertama patik adalah untuk digandakan sebatan ke 100 kali’ Sultan terkejut namun bertanya awang apakah permintaan keduanya. ‘Tuanku permintaan kedua patik ialah untuk mengikat Megat Terawis di belakang patik !’

catitttt...huhu

No comments:

accessories and handphone