kisahnya bermula apabila Ali(kaki botol tegar), Zam(mat pit tegar) dan Roy(perokok tegar) telah dihalau dari kampung mereka kerana tuduhan mencuri..
setelah memanjat satu2nya bukit yang ada di kawasan kampung diorang tu, tetiba jer diorang terjumpa sebuah Gua...bukan Gua.com arrr...tapi sebuah gua adanya..
"Alamak...nak malam dah ni...jom ar kita lepak lam gua ni" cadang Ali.
"Aku pon ngantok ni....lapar pon ada" rengek Roy.
"Aku ikut jer..." Zam bersuara.
jadi diorang pon masuk lam gua tu...tetiba diorang terdengar suara mintak tolong...diorang cari suara tu..n nampak sebatang pokok pisang yang ada lembing tepacak kat batang pokok tu..
zam cabut lembing tu...maka muncullah jin yang amat botak n besar...
"terima kasih wahai manusia bertiga...kerana kau dah tolong aku lepas dari kesakitan ni, aku tunaikan permintaan korang, sorang satu permintaan...muuaaahahahahahahahaha" kata jin tu.
"aku nak bilik yang besar n dipenuhi semua jenis arak" kata Ali.
"aku nak bilik yang besar n dipenuhi semua jenis dadah" kata Zam.
"aku nak bilik yang besar n dipenuhi semua jenis rokok" kata Roy.
"baiklah....SUPERRRRRRRR PPPOWWEEEEEERRRRRR!!!!!" jerit jin tu.
maka terhasillah 3 bilik yang di penuhi barang2 yang pemuda2 tu mintak.apalagi...laju jer pemuda2 tu masuk bilik masing2...bila dah masuk, jin tu pon kunci tiap2 pintu bilik tu....
jin tu pon p holiday....lepas sebulan....jin tu datang balik n nak tengok keadaan pemuda2 bodoh tu...
bila jin tu bukak bilik Ali...dia nampak Ali mati bersama2 arak dia..
bila jin bukak bilik Zam plak...dia nampak Zam mati dengan ratusan jarum suntikan dibadan....
tapi bila jin tu bukak bilik Roy....
jin tu hampir2 kena heart attack....dia nampak Roy berdiri di hadapan pintu dengan muka menahan marah n menggengam penumbuk...sambil menjerit...."KURANG HAJAR KO JINNN!!!!!KO BAGI AKU ROKOK PUNYALAH BANYAK....AKU SUKA....TAPIIIIII.....KO LANGSUNG TAK BAGI AKU LIGHTERRRRRRRRRRR....CAMNER AKU NAK ISAP ROKOK NI???????????????????!!!!!!!!!!"
maka jin tu pon kena blasah ngn si Roy.....
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment