Monday, March 9, 2009

teringat dulu pasal karenah pompuan

bila teringat balik, aku rasa nk gelak jer.. masa sekolah menengah dulu aku slalu jadi boifren 1 hari kawan2 pompuan aku.. biasa nya aku jadi bf diorg time2 diorg gado ngan bf diorg. kkakaka
biasanya bf diorg ni ada pompuan lain.. so gunakan aku nk bagi bf diorg jeles.. tapi aku x amik upah apa2 pun.. just temankan diorg kua jer.. hehe.. jeles btol bf diorg tp x brani la nk sentuh aku.. aku kua pun sbb 2 smua kwn2 baik aku.. aku lg ramai kwn pompuan dari kwn lelaki.. 2 masa zaman blajar.. skg da zaman keja dah.. x ada dah nk jadi bf 1 hari.. bila teringat jer, aku pun dok fikir.."mana la budak2 tu skg?" hehe

Saturday, February 21, 2009

cinta sejati langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Wednesday, February 18, 2009

banyak keja bulan 2 ni

dalam bulan ni saja aku terasa byk sangat keja n tanggungjawab.. baru2 ni staf aku kna denggi.. byk keja yg aku nk kna cover sebab ada 2 kedai aku nk kna jaga walaupun kedai lagi 1 adik aku yg jaga.. sales ada drop sikit la.. tapi still bole idup bergembira hehehee... aku kna wat kira2 akaun semula supaya duit betul2 'ngam' dengan akaun.. dalam bulan ni juga aku kna amik staf baru.. duit kua lagi tapi aku terpaksa.. potong gaji aku la gamaknyer.. huuuu.. ni semua dugaan dari Ilahi.. aku skg pun dalam pada masa yang sama wat projek baru.. bahagian pengarah pembangunan di HMEO Network. Aku diletakkan dalam bahagian seminar dan taklimat. Aku bersyukur sebab jumpa HMEO Network.. org2 dalam organisasi ni banyak ajar aku tentang keagamaan. Bisnes sambil beramal serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Ni yang aku cari selama ni.. aku harap projek ni akan terus maju satu Malaysia dan ramai orang Muslim akan join. Insyaallah

Friday, November 14, 2008

macam2 cerita..

salam.. aku sbnarnya banyak topik yg aku nk masukan dekat blog ni.. daripada persahabatan, percintaan, kewangan, keagamaan, ekonomi n politik.. aku perlu luahkan apa yg x kena pada zaman skg.. makin lama makin bahaya malaysia ni.. kalo baca dalam paper, hari2 ada citer pasal jenayah, politik kotor n gejala sosial.. nanti aku ada masa aku masukkan satu-persatu cerita pasal2 nih.. adios

Sunday, November 9, 2008

Terima seadanya..

Kisah Rumput

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?.Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Tuesday, November 4, 2008

Semua orang boleh kaya

semua org boleh kaya, tapi tak boleh ubah dari mana asalnya kita.. aku dilahirkan bukan anak jutawan, bukan anak dato' dan juga bukan anak menteri2.. aku anak kepada seorg pendidik.. bukan jutawan, tapi 'guruwan'. mkin korang anak kepada 'sawahwan', nelayanwan.. itu mmg kita tidak boleh ubah, tapi kita boleh mencipta kekayaan dan kejayaan kita sendiri jika kita sendiri yg mahu. aku sedang mencipta kekayaan aku.. aku bersyukur sbb abah aku x ajar aku senang tapi memberi penuh dengan didikan ilmu dan agama. walaupun aku bukan anak org kaya, tapi aku mampu buktikan yg apa yg aku mahu, kita sendiri yg perlu mencipta apa yg kita hendak. brapa income aku nk, keta mewah apa aku nk pandu n rumah dimana aku nk duduk. hidup ini perlu dirancang, kalau tidak kita merancang untuk gagal.. nanti aku sambung lagi.. aku da nk tutup kedai.. kira akaun..

Sunday, November 2, 2008

apa aku tgh buat sekarang?

dalam bulan ni aku sibuk wat kira2 akaun.. aku kemaskinikan balik akaun sales.. byk sgt yang nk kna betulkan.. kalo x pantau betul2 ada staf yg akan masukkan duit dalam poket.. aku nk pantau jadual masuk keja diorg n mcm2 mmg la x bole sbb ada 2 kedai.. diorg kna jujurlah.. dalam masa yg sama jugak aku kna siapkan kertas kerja pinjaman dalam minggu ni jugak.. aku wat loan ngan TEKUN.. aku x nk bisnes aku tersekat dkt sini jer.. aku nk income lebih.. staff pun nk income lebih.. kikiki hope permohonan aku akan dapat dalam bulan 11 ni.. aku x tau nk cakap apa dah.. nanti la aku type.. byk keja.. ;p

accessories and handphone