Monday, March 9, 2009

teringat dulu pasal karenah pompuan

bila teringat balik, aku rasa nk gelak jer.. masa sekolah menengah dulu aku slalu jadi boifren 1 hari kawan2 pompuan aku.. biasa nya aku jadi bf diorg time2 diorg gado ngan bf diorg. kkakaka
biasanya bf diorg ni ada pompuan lain.. so gunakan aku nk bagi bf diorg jeles.. tapi aku x amik upah apa2 pun.. just temankan diorg kua jer.. hehe.. jeles btol bf diorg tp x brani la nk sentuh aku.. aku kua pun sbb 2 smua kwn2 baik aku.. aku lg ramai kwn pompuan dari kwn lelaki.. 2 masa zaman blajar.. skg da zaman keja dah.. x ada dah nk jadi bf 1 hari.. bila teringat jer, aku pun dok fikir.."mana la budak2 tu skg?" hehe

Saturday, February 21, 2009

cinta sejati langit dan laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.

Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Wednesday, February 18, 2009

banyak keja bulan 2 ni

dalam bulan ni saja aku terasa byk sangat keja n tanggungjawab.. baru2 ni staf aku kna denggi.. byk keja yg aku nk kna cover sebab ada 2 kedai aku nk kna jaga walaupun kedai lagi 1 adik aku yg jaga.. sales ada drop sikit la.. tapi still bole idup bergembira hehehee... aku kna wat kira2 akaun semula supaya duit betul2 'ngam' dengan akaun.. dalam bulan ni juga aku kna amik staf baru.. duit kua lagi tapi aku terpaksa.. potong gaji aku la gamaknyer.. huuuu.. ni semua dugaan dari Ilahi.. aku skg pun dalam pada masa yang sama wat projek baru.. bahagian pengarah pembangunan di HMEO Network. Aku diletakkan dalam bahagian seminar dan taklimat. Aku bersyukur sebab jumpa HMEO Network.. org2 dalam organisasi ni banyak ajar aku tentang keagamaan. Bisnes sambil beramal serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Ni yang aku cari selama ni.. aku harap projek ni akan terus maju satu Malaysia dan ramai orang Muslim akan join. Insyaallah

accessories and handphone