Bacalah kisah ni sampai habis, kalo korang tak tersentuh hati, mungkin korang takder hati..
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibukbekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simentempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis…
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,‘Siapa punya kerja ni?’
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Diajuga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambahmelihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan‘Tak tahu… !’
‘Saya tak tahu Tuan..! ‘
‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik si isteri lagi. Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh..cantik kan!’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anakyang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puasdengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam..’ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis,si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudianke wajah pembantu rumah.
Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….
‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….”
p/s: Kalo ikut Islam, anak-anak ni dari lahir sampai umur 7 tahun kita kena ajar dengan kasih sayang saja, tak perlu pukul-pukul. Lepas 7 tahun kena ajar sembahyang, itu pun kena ajak, bukannya kena pukul. Lepas 10 tahun baru lah boleh pukul, itu pun atas alasan sebab perkara paling besar iaitu nak suruh dia sembahyang…
Saturday, June 21, 2008
Sunday, June 15, 2008
Rahsia Disebalik Baju T (T-shirt)
Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.
Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.
Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjadi perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personaliti atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.
Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.
Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.
Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.
Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.
Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati.Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu
Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.
Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.
Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.
Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja.Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah

Subscribe to:
Posts (Atom)